In Transition : Episode II

A blog on self-discovery and counting blessings.

Hari Kedua : Percutian dan Paranormal June 28, 2009

Filed under: Uncategorized — hubbsnmoi @ 11:40 pm

Day 2, Wednesday, 10 June 2009.

12.00 noon : Bertemu Pak Lah di Pulau Duyong

Aktiviti hari kedua kami bermula agak lambat. Dengan bantuan GPS dan juga penduduk kampung, kami berjaya sampai ke destinasi pertama untuk hari kedua iaitu bertemu dengan Pak Lah.

paklah1

Itulah Pak Lah. Pembuat bot terkenal di Pulau Duyong. Dalam gambar sedang berbual dengan ketua rombongan kami, En. Ross.

 Pak Lah, atau nama sebenarnya Abdullah bin Muda merupakan pembuat bot tradisional terkenal di dunia. Ini baru lah World! Bukan omongan kosong seperti artis itu. Pak Lah berkecimpung dalam bidang ini sejak 1965 lagi, dan pelanggannya terdiri daripada masyarakat yang datang dari seluruh pelusuk dunia – Singapura, Denmark, England, Amerika dan lain-lain lagi. Sudah lama Pak Lah menapak di Pulau Duyong yang sememangnya terkenal sebagai tempat membuat dan membaiki bot kerana lokasinya yang strategik iaitu di muara Sungai Terengganu.

paklah7

Pemandangan dalam bengkel milik Pak Lah. Gah kan bot yang dibuatnya? Hasil kerja anak tempatan semuanya.

paklah5

Kiri : Sebuah bot yang kecil dalam pembinaan. Kanan : Gambar ini diambil di hadapan bengkel Pak Lah. Kelihatan penduduk kampung sedang membuat layar.

 

Walaupun kedatangan kami secara tiba-tiba, Pak Lah tetap melayan kami dengan mesra. Sempat juga kami bergambar beramai-ramai bersama Pak Lah, sambil mendengar sejarah dan kisah-kisah bot yang telah dibinanya. Teringin rasanya untuk memiliki sebuah bot hasil tangan Pak Lah ini. Tapi dimana mahu cari Rm150,000 untuk sebuah bot, dan setiap satu mengambil masa 1 1/2 tahun untuk siap dibina. Teliti sungguh!

paklah2

Kiri : Senarai nama pelanggan Pak Lah. Tanpa ISO pun Pak Lah boleh berjaya! Kanan : Group photo bersama Pak Lah yang pemalu.

 

12.45 noon : Muzium Negeri Terengganu

Destinasi kedua terletak tidak jauh dari Pulau Duyong, iaitu Muzium Negeri Terengganu – muzium terbesar di Malaysia. Indah senibinanya, malah muzium ini teretak dalam kawasan yang sangat luas. Kerana kami agak kepenatan (cuaca amat panas) jadi lawatan kami terhad di bangunan utama sahaja. Di kawasan meletak kenderaan dipamerkan kenderaan-kenderaan rasmi Sultan (Cadillac Limousine berwarna emas.Wow), Menteri Besar (Mercedes, with red interior. Double wow!) serta kenderaan polis zaman dahulu. Bayaran masuk adalah RM5 (bukan warganegara) dan RM2 (warganegara).

muzium1

Kiri : Kereta rasmi MB Terengganu. Kanan : Macho kan? Kenderaan ye, bukan orangnya :p

muzium

Kiri : Semput juga mendaki untuk sampai ke pintu utama muzium. Kanan : Kena mendaki tangga pula untuk ke pintunya!

Tidak lengkap rasanya ke Terengganu jika tidak ke muziumnya. Hanya satu perkataan yang boleh menggambarkan perasaan kami ketika di sana – Impressive!

 

2.45pm : Taman Tamadun Islam

Setelah selesai melawat muzium, kami meneruskan perjalanan ke Taman Tamadun Islam yang terletak di Pulau Wan Man (One Man Island??). Taman ini menempatkan Taman Monumen dan juga Masjid Kristal. Terik mentari amat terasa ketika kami disini. Mujur ada Masjid Kristal yang sejuk untuk kami singgah solat (punca hawa dingin adalah dari lantai. nyaman!) Sayangnya, tempat wuduknya  terpisah dari masjid. Mengapa ya kebanyakan masjid-masjid kita begitu?

tti1

Mengambil gambar konsep asal sempat, kerana cuaca yang amat panas.

Setelah bersolat dan menyejukkan badan, kami singgah sebentar di B’Beteng, sebuah restoran tepian sungai untuk makan tengahari+petang. Nothing much to boast about the food or the service. Bolehlah untuk mengisi perut dan membasah tekak. Restoran ini terletak berhadapan sahaja dengan Taman Monumen – taman yang menempatkan replika masjid dan bangunan bersejarah dalam Tamadun Islam.

P6100948

Kiri : Restoran B'Beteng. Kanan : Pintu masuk ke Taman Monumen.

Harga tiket ke Taman Monumen adalah RM20 (bukan warganegara) dan RM10 (warganegara). Harga tiket kanak-kanak sila ke google.com. hehe. Pengunjung boleh memilih samada untuk menunggang basikal, menaiki buggy ataupun tram untuk melihat replika-replika dalam taman ini. Again, faktor kepanasan dan kepenatan menyebabkan kami memilih tram untuk mengelilingi taman. Tram ini akan berhenti di beberapak checkpoint, untuk mengambil atau menurunkan penumpang. Tetapi kami yang kiasu (dan panas) langsung tidak berganjak dari tempat duduk kami. Gambar pun diambil dari atas tram sahaja. Memang terasa rugi (terutama sekali apabila tram melalui replika Al-Hambra. Kebetulan di History Channel baru memaparkan sejarah kota itu). Petanda untuk datang lagi kot?

tti3

tti5

Nama-nama bangunan atau masjid tersebut ada disediakan dalam pasport yang diberi kepada setiap pengujung. Bagus kan? Maaflah, sebab saya memang tidak ingat nama-nama bangunan tersebut.

6.46pm : Masjid Tengku Tengah Zaharah aka Masjid Terapung

Destinasi terakhir pada hari kedua adalah Masjid Terapung yang terletak di Teluk Ibai, kira-kira 4 km dari Kuala Terengganu. Seperti yang disyorkan, waktu terbaik untuk melawat masjid ini adalah di waktu senja –  The ideal time to visit this mosque is in the evening, when the evening sun shines on the mosque, turning the building into golden colour while the cooling breeze blow from the South China sea.

masjidterapung

Yang bagusnya, tempat wuduk adalah di dalam bangunan masjid. Mudahkan? Terlindung dari pandangan.

 

Sekian, hari kedua di KT. Masih belum bertemu paranormal lagi. 🙂

Advertisements
 

Percutian dan Paranormal : Hari 1

Filed under: Uncategorized — hubbsnmoi @ 3:09 pm
Hutang perlu segera dilangsaikan. The plan was to blog about Terengganu trip (9June – 12 June 09) before I flew off to East Malaysia. Being a natural procastinator (and a good worker. muerhaha) the post had to be put on hold. Hubby kept on reminding me to blog about Terengganu, especially the part where he did 140kmh on the many bends on Karak Highway, at night. Men and their machines *yawns*. Oh yeah, also the promise to blog about paranormal encounter. 

 

So, here it goes.

 

Mula-mula saya perkenalkan peserta rombongan ke Terengganu. 5 kereta. 5 keluarga. 10 dewasa. 11 kanak-kanak. Sejarahnya, these drivers are from the same work place and are avid travellers. Maka mereka sepakat untuk menubuhkan ‘Travel Kakis’ dan berharap agar aktiviti ini dapat dijalankan pada bulan Jun setiap tahun. Mereka memang semangat! Setiap kereta berkomunikasi menggunakan walkie-talkie. Pecah perut kadang dibuatnya mendengar dialog sang-sang pemandu ini.

kereta

Left : The cars. Right : The hunky drivers. Mesti puji sebab berjaya memandu selama 13 jam. Bravo!

 

Day 1: Tuesday, 9 June 2009

4.30am – Started the journey from Shell, CIQ Bukit Cagar. Sleepy, bleary eyed but excited.  

6.30am – First stop in Mersing for Subuh prayer and breakfast. Murah rezeki makcik di warung yang kami singgah, sekali datang 10 pinggan nasi goreng kampung dan bergelas-gelas minuman kami order. We moved off at 7.30am, heading to our next stop – Teluk Cempedak, Pahang.

Dinihari di bandar Mersing. Dinihari di bandar Mersing.
 

Driving along the scenic coastline towards Teluk Cempedak, proved to be a surreal experience. Well, at least for me. We were greeted with the breathtaking view of the sun and sea. Mujur belum banyak kenderaan di jalanraya. Maka perjalanan kami di pagi itu, aman, tenang tanpa unsur-unsur yang mencabar kesabaran. 🙂 Kami juga melalui Bandar DiRaja Pahang iaitu Pekan dan Ibu Kota Pahang iaitu Kuantan.

 

Scenic drive along Pahang coastline Scenic drive along Pahang coastline
pekan1

Left : Deretan kedai di Pekan. Right : Masjid Sultan Abdullah (est. 1932)

kuantan1

Left : Hanya di Kuantan, dan juga Pekan. (malangnya tak sempat snap tandanama di Pekan). Right : One way street di Kuantan. Tanda sesebuah bandar semakin crowded?

 10.50am : Arrived in Teluk Cempedak. Had our brunch in McDonald’s, kids and men needed to use the loos (haha), while the ladies headed to souvenir shops (naturally!). Saya kagum dengan cara penguasa tempatan membangunkan Teluk Cempedak, and yet still maintaining its natural form and beauty. Unlike what we have in JB – Danga Bay?

telukcempedak

Sendirian di Teluk Cempedak. Can you see the matured trees, rocky beach and white sands in the background? If you don't, means the cameraman yang kurang mahir. :p

 12.00noon : Kami meneruskan perjalanan (yang masih jauh) ke Kuala Terengganu. Ketika itu, matahari pun semakin meninggi. Kasihan sang pemandu, tapi semangat juang masih lagi membara!

signtokt

Left : Wah, masih perlu melalui Dungun sebelum tiba ke Kuala Terengganu! Right : Sebelum sampai ke Dungun, akan bertemu Kerteh (Bandar Petronas).

 

Perjalanan dari Kerteh ke Kuala Terengganu agak mencabar kerana terdapat banyak lori-lori tangki di atas jalanraya. Hendak memotong, berderet-deret kereta di hadapan. Hendak tetap di belakang, tak sampai kami  ke KT nanti! fuhh.. tambahan pula hari semakin petang, penat telah mula terasa. Kasihan sang pemandu kami!

3.3opm : Akhirnya kami sampai juga ke Kuala Terengganu. Tetapi resort kami terletak di Kg. Rhu Tapai, Merang kira-kira 40minit jauhnya. Pada waktu ini memang penat sangat terasa. Ikutkan hati hendak meneruskan sahaja perjalanan. Cuma kasihan pada anak-anak kecil yang sudah lapar (kembali). Maka kami berehat seketika di Kuala Terengganu untuk makan tengahari+petang.

kt1

Finally!!

5.45pm : Setelah berehat dan tersesat di bandar KT dan tersangkut dalam traffic jam ketika peak hour, kami akhirnya tiba ke destinasi kami – Sutra Beach Resort, Kg. Rhu Tapai, Merang. Sudah terbayang-bayang katil yang emmmmmpuk (beserta cadar yang tegang), air-conditioned room, shower yang dingin dan menyegarkan. Tak sabarnyaaaa!

resort1

Left : View of the resorts from the cafe. Right : Resort disini hanya dua tingkat tingginya. Dalam gambar adalah Garden View. Kami mendapat Sea View. Subhanallah, sunset dan sunrise di belakang bilik sahaja!

view

Pemandangan dari bilik kami. Kurang pasti nama pulau dalam gambar.

Menarik bukan? But, sadly the management and service was not attractive at all. Imagine, we have to waited for an hour for our rooms to be ready.  Yes, we booked seven rooms, and all seven were not ready. Their reason was “Customer lambat check-out”. Isn’t there a rule saying that check-out time is at 2.00pm? and the management has the right to inform the customer yang lambat check out since we’ve booked the rooms in advance? 
 
Itu belum lagi tahap kebersihan  yang mereka praktikkan. Masih terasa butir-butir pasir ketika kami menjejakkan kaki ke dalam bilik.
 
Maaflah tak sertakan gambar dalam bilik. Kami mendapat bilik yang berkatil bujang dua biji, bukan queen. Honeymoon??? hahahaha.
 
Aktiviti hari pertama tamat di sini sahaja. We decided to have dinner at the resort. Bagi peluang untuk sang pemandu mendapat kembali tenaga untuk esok!
 
Hari kedua – Bertemu Pak Lah di Pulau Duyong. 🙂
 

Rehat dan Rawat June 26, 2009

Filed under: Uncategorized — hubbsnmoi @ 10:48 am

Misi ke Malaysia Timur dapat disempurnakan dengan cemerlang. Alhamdulillah. Enam kali turun naik kapalterbang ‘ala-Amazing Race’ is an unforgettable moment. Sila sebut dalam satu napas ye lokasi kami ini -> JB-KL-Kota Kinabalu-Kuching-Miri-KL-JB. Semput tak? Macam gitu jugalah semputnya kami bershopping mengejar kapalterbang. heheh.

Ini juga bermakna saya sudah hutang dua entri – Honeymoon di Terengganu, dan yang terbaru Jelajah Malaysia Timur. Izinkan saya berehat untuk sehari dua ini. (Ayin, saya pun jet lag. hehe)  Saya masih belum berehat sepenuhnya sementalah reached home at 11.15pm last night, and today i’m working, padahal member2 serombongan is on leave. haha. aku pekerja contoh). Will blog about it when hubby is not at home (why? becuase, when hubby is home must spend time with him la. of course! 😉

Hingga ketemu lagi!

 

Bungkus dan Berambus June 19, 2009

Filed under: Uncategorized — hubbsnmoi @ 8:57 pm

Mengapalah saya berasa sangat malas takde mood dread to start packing for the 5 days trip to KK-Kuching-Miri? Malam ni sangat sesuai untuk packing sebab Hubby tak ada. Since he’s working on night shift. Mesti ada yang bertanya,kenapa kena packing time suami takde pulak? Macam nak lari dan berambus dari rumah je gayanye.

Sebabnya adalah, saya rasa sedih kalau  packing depan hubby. Sebab saya tak boleh pack dan bawa dia sekali dalam luggage.

Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!

 

Jangan Kawin Bulan Jun June 18, 2009

Filed under: Uncategorized — hubbsnmoi @ 2:00 pm

Sekiranya anda bekerja di organisasi saya, amat malang sekiranya anda berkahwin pada bulan Jun. Kerana bulan Jun merupakan bulan yang amat digemari untuk aktiviti yang AMAT SIBUK. Tahun lepas, seminggu sebelum berkahwin, saya SIBUK menjadi pengacara majlis yang garang/urusetia untuk persidangan yang dianjurkan tempat saya bekerja. Made a HUGE blunder time jadi pengacara. Stress sampai tahap nangis dalam toilet hotel ok. Balik rumah sambung nangis, siap telefon Hubby (time tu masih En. Tunang) untuk mengadu. Tau tak apakah his comforting word?

“Gaji awak kena potong ke bila awak buat silap tu? Tak kena kan? So, apa nak stress?”

Sangat berkesan dalam menghentikan aliran air mata yang deras. Ha Ha Ha.

Tahun ini pula, pada bulan Jun sahaja saya dikejutkan dengan – projek naiktaraf laman web (sila siapkan dalam masa 5 hari), sambungan Misi ke Greece (seriously, bila nak sudah ni?), INTERNAL AUDIT (tahun ini saya TERmasuk dalam golongan process owner) dan this Sunday, I’m off to Sabah & Sarawak for a work related (cum shopping/cuci mata) trip selama 4 hari.

Tapi, kalau baca posting2 sebelum ini, rasanya tiap2 bulan lah sibuk. kan? Ke aku je yang sibuk? hrmph.

Dalam kesibukan itu, anniversary mestilah nak kena selebrate kan? Jadi pada 9 Jun – 12 Jun yang lepas saya bercuti juga ke Terengganu, bersama2 keluarga kawan2 hubby. Oh, it was a blast.  I took 1 week off from work, and when I returned, dua hari berturut2 terlupa kena duty kat reference desk. Hahahampeh. Anyway, laporan lanjut berkaitan Honeymoon: Episod II akan saya buat utk posting akan datang. (Sneak preview – perjalanan pulang bertemu paranormal).

Meanwhile, jamu-jamulah mata dengan adegan2 meluat kami ketika berbulan madu pada tahun lepas. Remedy berkesan untuk menghilangkan muka stress dan dark eye circle. Pulang dengan muka yang berseri-seri.

lake_mountpenjual_buah

Left – Breathtaking view of Mount and Lake Batur. Gunung berapi itu masih hidup oo.

Right – Aksi penjual buah yang nak kontrol macho.

ayung_riverayung_river2

Left – Ramayana Tales yang diukir di batu-batu sepanjang Ayung River di Ubud. One of the stop during river rafting. Tolonglah cuba river rafting ni!

Right – Aksi terjun ke sungai. Hanya terjun setelah diugut oleh Hubby.haha. Tobat tak nak buat lagi.

jimbaranjimbaran2

Left – Ala-ala romantic dinner @ Jimbaran Bay.

Right – Aksi menahan panas di tepi pantai.

muzium

Di hadapan Monumen Perjuangan Rakyat Bali

Not so subtle hint for Mr Hubby –  Bila nak pergi sana lagi?.

Sekian.

 

366 Days Ago… June 16, 2009

Filed under: Uncategorized — hubbsnmoi @ 2:32 pm

nikah

“For it was not into my ear you whispered, but into my heart. It was not my lips you kissed, but my soul.” ~ Judy Garland


Dear Hubby,

Ermm.. I’m at lost here. Lost for words. I think I’ve used up all the romantic quotes, words, wishes, etc etc during our 10 years of courtship. Darn, I should have left some for our anniversary. Hrmph.. this is soo unromantic. Oh, never mind, actions speak louder than words right? So, do expect more actions from me, right darling? *grins* 😉

xoxo,

Wifey


sanding2

“There is no feeling more comforting and consoling than knowing you are right next to the one you love.” ~ Anonymous

 

You Got Soul, Baby? June 4, 2009

Filed under: Uncategorized — hubbsnmoi @ 2:08 pm

soul-men

“Two former backup soul singers, Louis (Samuel L. Jackson) and Floyd (Bernie Mac) who have not spoken to each other in 20 years reluctantly agree to travel across the country together to a reunion concert to honor their recently deceased lead singer (John Legend). Cleo (Sharon Leal), a beautiful young woman in an abusive relationship, who is believed to be Floyd’s daughter accompanies them as a new singer. A few problems come their way involving Cleo’s wanna-be gangsta rapper boyfriend (Affion Crockett), Floyd’s fling with a white woman (Jennifer Coolidge) and a lot more leading up to their big performance at the Apollo Theater, and the two Soul Men reform a bond that they lost 20 years ago” – Wikipedia.com

Ever since Hubby introduced me to this movie, I can’t.. really can’t get it off my head. I guess I’m a sucker for musicals. The main star to this music-comedy-drama film is Samuel L. Jackson and the late Mac Bernie. Even though the movie received mixed review, but personally I like the hilarious moment and over-the-top act by both of the stars. Floyd with his endless “menjegil-jegilkan mata besarnya”, while Louis yang sangat expletive.  And the soundtrack, it should or could be a full-track album. I never knew Samuel can sing! My comment would not do justice to the movie, you just gotta see it, to love it.

Hubby and I love this song called – “I’m Your Puppet” from the Soulmen soundtrack.  Sangat infectious. And whenever Hubby put it on, it never fails to put a smile on me. We even would do the little dance that Louis and Floyd did while singing the song. Hahaha. I wanted to show you guys the move (yang dibuat oleh pelakon, bukan kami ye) malangnya, it’s not in YouTube. Anyway, here’s the song.. I hope you would enjoy listening to it, like we did. 🙂

Pull the strings and I’ll wink at you
I’m your puppet
I’ll do funny things if you want me to
I’m your puppet

Oh, I’m yours to have and to hold
Darlin’, you’ve got full control
Of your puppet

Pull another string and I’ll kiss your lips
I’m your puppet, oh yes, I’ll have it
Snap your fingers and I’ll turn you some flips
I’m your puppet, oh darlin

Listen, your every wish is my command
All you gotta do is wiggle your little hand
I’m your puppet, yeah, I’m your puppet

I’m just a toy, just a funny boy
That makes you laugh when you feel blue
I’ll be wonderful, do just what I’m told
I’ll do anything for you
I’m your puppet

Just pull them little strings and I’ll sing you a song
I’m your puppet, oh
Make me do right or make me do wrong
I’m your puppet, yeah yeah

Treat me good and I’ll do anything, yeah
I’m just a puppet an’ you hold my string
I’m your puppet

Tips untuk lelaki : Sing this song to your wife/girlfriend, sambil buat aksi2 puppet kena control dan anda akan mendapat markah berlipat ganda dari mereka! 😉